virtual friends

Tuesday 9 June 2015

dejavu di kinabalu

assalamualaikum.

pejam celik pejam celik, dah masuk bulan jun kan? kejap sungguh masa berlalu sekarang ni.

syukur alhamdulillah kita masih lagi boleh menikmati udara segar di bumi ciptaan-Nya
syukur alhamdulillah kita masih lagi boleh makan, tidur dan melakukan aktiviti seharian dengan baik.
syukur alhamdulillah kita masih lagi dipanjangkan umur.
syukur sangat-sangat. terima kasih Allah.

walaupon kehidupan kita ni ada suka duka, pada aku itulah pengalaman yang terindah sekali.
this is life
seperti kita sedia maklum, baru-baru ni negara dikejutkan dengan kejadian gempa di sabah. salah satu kawasan yang terjejas teruk dekat area ranau  & kundasang dimana disitulah terletaknya gunung kinabalu. 

ramai juga yang meninggal dunia. Allah, tak boleh bayangkan keadaannya masa tu.

sebenarnya aku ade usulkan dekat budak-budak #tripredahmedan plan nak mendaki gunung kinabalu next year. diorang macam biasa ok aje. so, aku pon dah start riki pakej mana yang bersesuaian. nanti dapat je tiket murah terus grab. 

tapi tak tau la ade ke tak rezeki kami ke sana. 

dalam keadaan sekarang yang tak berapa stabil ni. tambahan plak, gunung kinabalu sendiri perlukan masa untuk dibaikpulih. wait & see dulu.
gunung kinabalu - mei 2014
aku suka datang sabah, tapi baru dua kali je aku berpeluang ke kawasan ni dan aku tak pernah puas.
selalu jugak la bermonolog dengan hati, kena repeat lagi tempat ni. 
serius, bila ko lihat gunung tu, subhanallah hebat sungguh ciptaan-Nya. kalo boleh sepanjang perjalanan tu nak amek gambo je kejenya, haha. 

lepas ni kalo datang lagi, aku nak tido area sini. hari tu tak berkesempatan. maklum la, kita ikut orang berjalan, kita kena follow cara dia.
kalo awan tebal, nampak sipi-sipi je. dalam erti kata lain, kinabalu ni pemalu orangnya, hiks
tak tau nak panggil ape ni - lembah kot?
climbathon 2013 - orang kenya bab-bab ni memang expert
route
sunset di kota kinabalu

salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

al fatihah.

No comments:

Post a Comment