virtual friends

Friday 12 June 2015

backpackers ke aceh : persediaan

kembali lagi untuk entry yang seterusnya.

ade ke orang heran? aku je yang terlebih perasan sebenarnya, hiks.

takpe la, kalo takde orang baca pon, satu hari nanti aku akan baca balik. sebagai rujukan sendiri dan dalam masa yang sama dapat mengimbau kenangan yang pernah dilalui, begitu.

p/s : kiranya ni ayat untuk menyedapkan hati sendiri sajorrkk, haha.

ok, back to the topic.

sebenarnya takde la ape sangat pon persediaan sebelum ke aceh ni. just booking accomodation & cari info sikit-sikit mana port yang best untuk diterokai.

pada aku, dua benda ni part yang paling penting bila travel setakat 2-3 hari. kalo amek masa sampai seminggu tu kena details sket terutamanya bab pengangkutan awam.

kali ni masing-masing ade tugas. aku buat itinenary ringkas & ji hyo setelkan pasal accomodation.

alang-alang dah ke aceh, aku tengok better singgah ke pulau weh sekali. kebetulan plak blogger supermeng malaya pernah pergi aceh 3h2m. time & hari dia ke sana pon lebih kurang aku : jumaat sabtu ahad. memang cantik sangat la blog dia aku jadikan sebagai rujukan utama. selain itu, korang jugak boleh refer blog ni. kedua-duanya sangat membantu.

dua bulan sebelum nak pergi rasenya, AA email bagitau flite reschedule. nak tak nak kitaorang SYMP (saya yang menurut perintah) cuma plan tu kena ubah sket. asalnya nak tido semalam dekat pulau weh, aku pon dah booking bilik dengan freddies santai sumurtiga. tapi bila tengok timing sampai di aceh pukul 8.30pagi nak kejar feri ke pulau weh 9.30pagi, macam tak sempat dan decide buat day trip je.
ini plan kitaorang sebelum pergi hari tu :-
day 1 : jalan-jalan di aceh
day 2 : jalan-jalan di pulau weh
day 3 : pulang ke pangkal jalan

dari segi nak booking supir plak, kitaorang setuju nak cari bila dah sampai sana.

tapi entah macam mana, dua hari sebelum pergi masa aku tengah cari info dalam BBM, tergerak hati plak nak private message sorang mamat dari sana yang ade buat service ni. saje je aku tanya berapa dia letak harga. siap mention awal-awal lagi pergi berapa orang & backpacker style. last-last aku plak yang terkejut bila dia bagi harga yang sangat mampu milik. sorry aku tak dapat share kat sini sebab harga untuk dua orang kalo nak dibandingkan dengan harga 4-6 orang berbeza. nanti aku bagi nama FB dia dan boleh terus tanya okeh.

bila ji hyo dapat tahu pasal ni, dia pon terus setuju. katanya harga tu memang berpatutan for one day trip di aceh. in case kalo terlebih masa, kami bayar extra. kata putus dah ade, aku terus WhatsApp mamat tu bagitau setuju nak hire dia. alhamdulillah setel lagi satu masalah. lain yang dirancang lain plak yang jadi. itulah perkara biasa bila travel.

bermula Februari 2015 (seingat aku), sesiapa yang ke indonesia dah boleh buat bayaran airport tax thru online. cuma tak berapa pasti semua airline ke atau AA sahaja. aku difahamkan kalo tak buat payment, kita tak boleh web check in. dekat account AA pon dia siap bagitau need payment.

airport tax untuk aceh RM34 @ rp100k. tahu kan tahun ni currency kita jatuh teruk. tapi nak senang kira rp100k tu bersamaan dengan RM30. kalo tak faham sudah, buat-buat faham je, hiks.

selain tu, trip kali ni saje je aku beli nasi lemak pak nasir. rindu nak makan wei, last makan pon tahun lepas masa pergi sabah. belek-belek tengok flite dalam satu jam setengah, beli je la. bukan selalu kan? nanti dah sampai sana boleh terus gerak ke tempat-tempat yang dah plan. jimat masa. 
pulau weh
last but not least, start trip ni jugak aku terpaksa cari travel insurance sendiri. sebelum ni, travel agent atau opis aku yang uruskan. benda ni penting ye kawan-kawan even kita backpackers style. berpegang la pada konsep 'biar ade dari takde'. bukan kita mintak benda yang tak elok terjadi masa travel tapi kita tak boleh menidakkan kuasa Dia Yang Lagi Maha Mengetahui. contoh macam kes gunung kinabalu baru-baru ni. awal bulan mei hari tu aku pernah berurusan dengan kak azila (013 3781888) masa buat insurance trip officemate ke langkawi. senang cerita aku amek je dari dia, dalam RM30 sahaja.

untuk AA insurance, aku memang tak amek kerana depa dah reschedule flite. aku pikir tak perlu la. selebihnya berserah je padaNya moga trip ni dipermudahkan.

Q : eh, tak sama ke travel insurance dengan AA insurance?
A : aku takde jawapan yang tepat untuk soalan ni. tapi kebiasaannya, AA insurance just cover yang melibatkan penerbangan sahaja. nanti kalo ade masa aku try cari info & buat entry khas. tak nak janji eh, insyaallah. 

itu sahaja karangan mengenai persediaan ke aceh ni. stay tune!

4 comments:

  1. dah banyak berubah pulau weh ni since aku pegi dulu

    cepat sambung !..

    ReplyDelete
  2. haha, jap tengah karang ayat ni

    ReplyDelete
  3. ade rules berpakaian kt aceh ke...leh pakai skinny jeans n normal long sleeve shirt mcm kt malaysia jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk foreigner takde. paling penting kita pakai la pakaian yg tak menjolok mata :)

      Delete