virtual friends

Monday, 28 September 2015

backpackers ke aceh & pulau weh : summary & expenses

Akhirnya, sampai jugak kita di penghujung entry untuk trip backpackers ke aceh dan pulau weh.

Hai la masa, berkurun sungguh aku nak menyiapkannya.

Aku tukar duit RM339.60 dapat la rp1.2 juta. Alhamdulillah mencukupi - siap ada balance lagi dan aku carry forward for next trip.

Lain-lain perbelanjaan seperti di bawah.
1. Flight ticket (return) + meal = RM131
2. Airport tax Indonesia = RM32
3. Accommodation for 2 days = RM69.30 seorang
4. Parking kereta = RM10
5. ERL transit (return) = RM12.40
6. Travel insurance = RM20

Jumlah keseluruhan bersamaan RM614.30. senang cerita, kita bundarkan jadi RM620. 

seterusnya dibawah ni plak adalah perbelanjaan sepanjang di sana. aku ringkaskan supaya kita sama-sama senang nak rujuk. kata nak repeat kaannnnnnn :p
1. masjid baidurrahman : tiada bayaran masuk & free parking.
2. muzium tsunami : tiada bayaran masuk - parking rp5k
3. bot di atas rumah : tiada bayaran masuk - parking kena bayar. harga aku tak pasti berapa sebab syah yang uruskan.
4. kapal PLTD apung : tiada bayaran masuk - parking rp5k
5. kilometer 0 & pantai di ibioh : tiada bayaran masuk - parking rp5k untuk becak roda dua.
6. angkutan dari pelabuhan ulee lheue ke kota : rp8k seorang
7. feri ekspress ke pulau weh : rp75k seorang untuk one way.
8. info tambahan, dari hotel siwah ke airport : rp100k
9. masjid rahmatullah : tiada bayaran masuk & free parking tapi sebelum sampai masjid & pantai lampu'uk, akan lalu di kawasan kampung. dekat situ, ada bayaran yang dikenakan. 

Total dalam rupiah dikira all in termasuk pengangkutan, perkhidmatan supir, makan minum, shopping & beli barang-barang mengarut seperti wet tissue, tissue & lotion.

Macam la kat Malaysia takde semua tu kan? Kejinya ko! 

*haha, kutuk diri sendiri.

Ya, memang semua tu ada dekat tempat kita CUMANYA di sana jauh lagi murah.

Tapi kan, lotion brand marina aku memang pasti dan nyata dekat Malaysia aku tak jumpa.
rp10k = RM3. mana aku tak gila, murah sangat. dah la 150ml plak tu
Dah, jangan banyak tanya, jom layan gambar.
benda-benda mengarut yang aku beli
resit makan di kedai mie razali & resit dinner di pantai lampu'uk. kertas warna kuning tu resit parking becak di km 0 & ibioh. dalam gambar ni aku tunjuk sekali contoh FM di aceh - memang macam tu la jenisnya.
Aku rase perbelanjaan ni boleh kurang lagi sebenarnya. Macam biasa, lepas membeli baru terpikir tiga blaus yang dirembat tak setimpal dengan harga iaitu 90hengget pulus den torbang. Rasenya kalo ke uptown, pasar pagi atau jalan TAR, blaus pattern yang sama boleh dapat dengan harga 20hengget. Takpe la, dah terbeli, bukannya masa tu boleh putar balik. Lagipon memang kebanyakan baju ko dah lusuh kan? :p

hokey, aku terus bagi tips kepada kaki shopping.

Sebelum ni aku hanya dengar dari mulut orang shopping di aceh tak sesuai - mahal. Katanya barang-barang yang dijual datang dari luar. Sekarang, aku sendiri agree dengan pendapat depa. Baik korang pegi shopping di pasar baru bandung atau di tanah abang jakarta. Harga jauh lebih murah dan berbaloi.

Korang ingat lagi tak aku ade belikan blaus untuk kak senah? Boleh dia marah-marah manja kenapa beli dua je? Kenapa tak beli banyak-banyak?

Pulak. Aku ingatkan dia tak berkenan dengan taste yang aku pilih. Rupanya dia suka. Ok la tu, kira aku lulus test kali nie. Syabbas untuk diri sendiri. 

Rumusan
Pada yang merancang untuk ke aceh, aku cadangkan pergi la dalam 4hari 3malam. Aceh ni sebenarnya merupakan satu wilayah yang agak besar. Dibawahnya sahaja ada 23 daerah/kabupaten. Jarak perjalanan di antara daerah ade jugak makan masa yang agak lama. That’s why masa tsunami 2004 dulu, tak semua tempat pon yang kena.
Opsss, maksud aku bukan korang tak boleh pergi dalam 3hari 2malam. barangkali hasilnya nanti tidak memuaskan.

Contoh terdekat kitaorang la.

Sebenarnya plan kitaorang dah salah. Meh dengar sekejap sesi luahan perasaan.

Hari pertama sampai di banda aceh – sepatutnya elok terus pergi ke pulau weh. Even touch down jam 8.30am WIB, sempat je nak kejar feri jam 9.30am. ape yang aku perhatikan, kalo orang tak ramai, feri depa tak akan bergerak on time.

Paling penting, jadilah antara yang terawal keluar dari perut kapaiterbang. Dah la lepas tu kena beratuq lagi untuk cop imigresen & pemeriksaan kastam. So, tak payah nak buat watlek watpis sangat!

Tambah lagi jarak dari airport ke pelabuhan ulee lheue tak jauh mana. lebih kurang dalam 10-15 minit.

Sekiranya terlepas feri, jangan panik. Ada je alternatif kedua iaitu naik speed boat. Info yang aku dapat, harga tiketnya sama sahaja dengan harga tiket feri. Macam biasa, dah cukup orang untuk sebuah boat baru depa jalan. Tapi aku tak berapa pasti alternatif kedua ni sah atau tidak dari segi undang-undang wilayah aceh. Sila dapatkan info lanjut dengan orang tempatan.
schedule from syah
sila semak semula jadual feri dengan mereka sebab schedule yang aku pernah share sebelum ni takut yang lama punya stok. macam kitaorang hari tu, naik ekspress bahari - pergi (bertolak 9.30pagi) balik (sepatutnya 2.30pm pukul 3pm baru jalan). based on schedule above, timing dah lari maaaa.
9 mei 2015 - ini latest schedule for kapal cepat ekspress bahari & kapal cepat ekspress cantika 89 yang aku dapat. rasenya diorang ni dari company yang sama je.
tiket penumpang
Untuk melawat kesan-kesan tsunami, just amek masa satu hari pon dah ok. Boleh rujuk cerita yang aku kongsikan. kalo banyak masa lagi, jangan lupa singgah di muzium aceh. menarik jugak sebab dapat tengok sejarah mereka. muzium aceh ni terletak di kota dan tak berapa glamer di kalangan pelancong - dunno why. Kalo pulau weh, aku rase the best time korang spend la 2 hari dekat situ. Banyak tempat menarik untuk diterokai.

Korang yang ada banyak cuti ataupon adik-adik yang tengah cuti semester ni, apa kata try terjah kepulauan sumatera melalui dua wilayah yang berbeza.

Cadangan :
1. flite ke banda aceh
2. amek bas ekspress ke medan
3. flite dr medan ke Malaysia and vice versa.
nampak ade dua option:
1. dari aceh boleh pergi ke danau toba dulu. kemudian naik bas lain ke medan.
2. dari aceh direct ke medan.

Aku suka buat trip macam ni tapi situasi sekarang tidak mengizinkan.

Penginapan – Di aceh, kebanyakan hotel memang terletak di kota. Aku ni bangsa tak kesah membute dekat hotel mana-mana. My review hotel siwah sangat okey dan harga sebuah bilik pon murah. Pulak tu dibaginya heavy breakfast beserta ayaq kopi yang sedap! Walking distance dengan kedai makan mie razali. Public transport seperti becak pon senang nak dapat.

Untuk pulau weh, selain pantai di ibioh dan gapang, pantai sumurtiga pon tak kurang canteknya. Dekat situ, aku tahu ada chalet freddies santai sumurtiga sahaja. Dengar kabo, cara mereka entertain customer macam korang berada di rumah sendiri! Cuba la :)

Supir a.k.a pemandu - Amek handphone masing-masing, salin nombor telepon syah ni. Selain aceh, dia pon ade buat pakej untuk pulau weh.
No. telefon & WhatsApp : +62 852 7782 3343
Facebook : Banda Aceh Tour

Pengangkutan di pulau weh – Kalo tak suka naik becak, korang boleh try naik ojek (motorsikal + supir). Harga lagi murah. Nak lagi murah? naik la angkutan. Kebiasaannya angkutan memang akan lalu di kawasan hot spot.

Haaaa, jangan takut plak nak datang aceh lepas dengar cerita sedih kitaorang di pulau weh. Lain orang lain pengalamannya. Cara paling selamat, sebelum buat keputusan dan memulakan apa-apa aktiviti, banyakkan bertanya, mereka sangat helpful.

rasenya dah complete entry ni. besar bebenau harapan aku apa yang dikongsikan dalam blog ni akan bermanfaat kepada semua. mana-mana nak bertanya, just drop comment kat bawah. nanti aku reply, bedanya cepat atau lambat sebab aku tak selalu buka. heee~~~

Pokok pangkalnya, aku puas hati dapat jejak kaki di aceh.

Pulau weh plak, Inshaallah, aku akan kembali semula. Bila tu tak tahu la, tunggu je pak tony offer tiket murah. Amacam, nampak tak kesetiaan aku bersama airasia??? depa patut bagi tiket free kat aku laaaa :p
awal September hari tu sempat aku buat satu lagi trip. entry seterusnya akan menyusul, tunggu!

5 comments:

  1. Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat...

    ReplyDelete
  2. As salam..boleh bg tak cadangan hotel yg ok di pulau weh..tq
    sarifahabrahman@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, akak boleh refer yg saya share nie

      Delete
  3. sarifah ab rahman kalau nak jalan2 ke aceh bleh saye bantu.saye dulu keje kat malaysia 2 tahun. skrng saye buka perkhitmatan kreta sewa di aceh.puan bleh call saye di 081263979828. thank,s

    ReplyDelete